Cari @ Amanz

Kamera Padat Paling Kecil Di Dunia – Sony RX0 II Bakal Hadir Untuk Pasaran Tempatan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sony ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk peranti-peranti elektronik mereka, termasuklah televisyen, peranti pintar dan juga kamera.

Hari ini, Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa kamera padat terbaru dan paling kecil mereka, Sony RX0 II akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Kamera tersebut, yang hadir dengan saiz padat 59mm x 40.5mm x 35mm mempunyai berat 135g sahaja, dan dikatakan kamera padat paling kecil di dunia.

Kamera RX0 II ini dilengkapi dengan sensor berlapis Exmor RS CMOS 1.0 inci dan pemproses imej BionzX yang mampu mengambil gambar pada resolusi 15.3MP. Selain dari itu, ia juga mempunyai lensa 24mm dengan bukaan F4 yang boleh mengambil gambar sepantas 1/32000 saat dan penembakan berterusan sebanyak 16FPS, dan mampu merakam video resolusi 4K pada kadar bingkai 30FPS.

Dalam pada itu, kamera RX0 II ini juga dimuatkan didalam sebuah rangka yang kalis air sehingga kedalaman 10 meter, tahan jatuh setinggi 2 meter, dan tahan tekanan seberat 200kg.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga mempunyai sistem penstabilan yang terbina didalamnya yang memastikan bahawa kamera ini boleh mengambil gambar dan merakam video yang cukup tajam sekali.

Menurut Sony Malaysia, kamera padat Sony RX0 II ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan Mei kelak, akan tetapi tanda harga untuk peranti ini masih belum ditetapkan buat masa ini.


Komen ()