Pergi melancong adalah lebih seronok sekiranya banyak lokasi dapat dilawati dalam masa yang singkat. Tetapi ini memerlukan anda banyak berjalan dan ini amat memenatkan. Bagi mereka yang malas berjalan, kereta elektrik mini Rodem kini diuji di Tokyo untuk tempoh terhad khusus untuk kegunaan pelancong.
Kereta elektrik mini ini dilengkapi skrin yang memaparkan video sejarah kawasan Marunouchi di Tokyo. Terdapat juga audio yang menerangkan kawasan sekeliling yang sedang dilalui. Pada waktu yang sama kenderaan ini boleh memberikan maklumat mengenai restoran dan perniagaan yang mungkin menarik minat pelancong. Kerana saiznya yang kecil. ia boleh bergerak di atas kaki lima tanpa mengganggu lalulintas.
Ia dikawal menggunakan alat kawalan tetapi sebenarnya bergerak secara automatik mengikut laluan yang telah diprogramkan. Kelajuan maksimum Rodem ialah 6km/j sahaja. Berita buruk bagi mereka ingin mencuba Rodem ialah ujian yang melibatkan tiga kenderaan akan ditawarkan hingga Jumaat ini sahaja.