Cari @ Amanz

Maybank hari ini mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka menghadapi gangguan, mengatakan ia melibatkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kad dan juga perkhidmatan perbankan atas-talian.

Daripada apa yang dilihat, gangguan ini turut melibatkan transaksi IBFT melalui M2U, penghantaran TAC, selain tambah-nilai dan juga MEPS.

Buat masa ini, Maybank mengatakan mereka sedang dalam usaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Kemaskini : Perkhidmatan telah pulih sejak pukul 9 malam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd