Carian
Huawei Mengesahkan Sedang Menguji Mate 30 – Dijangka Dilancarkan Sekitar September Atau Oktober
March 27, 2019 Aman

Huawei semalam telah pun melancarkan telefon pintar dibawah siri-P terbaru mereka, iaitu Huawei P30. Ketika acara berkenaan, kami turut telah berpeluang bertemu Bruce Li (Timbalan Presiden Perniagaan Telefon di Huawei) untuk berkongsi lanjut mengenai sejumlah perkara.

Ketika bercakap mengenai masa yang diambil untuk menguji sesuatu peranti, beliau turut mengatakan yang mana kini telefon pintar Huawei Mate 30 sedang pada peringkat ujian. Mengikut latar masa ujian, telefon pintar berkenaan dijangka dilancarkan sekitar September atau Oktober kelak.

Huawei memfokuskan kepada sokongan fotografi pada telefon pintar dibawah siri-P, sementara dibawah siri Mate kebiasaannya ia memfokuskan kepada penggunaan teknologi baru – termasuk dari segi cipset, ciri-ciri dan sebagainya.

Komen