SKMM Meminta Syarikat Telekomunikasi Mengoptimasikan Rangkaian 4G Sebagai Persiapan Ke 5G

SKMM Meminta Syarikat Telekomunikasi Mengoptimasikan Rangkaian 4G Sebagai Persiapan Ke 5G

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat beberapa syarikat telekomunikasi tempatan bercakap mengenai rangkaian 5G. Dan, pada minggu ini, pihak Telekom Malaysia turut telah mengumumkan penawaran rangkaian Pra-5G TDD kepada pengguna mereka. Sehari selepas pengumuman pihak TM, kini SKMM mengeluarkan kenyataan, meminta syarikat telekomunikasi untuk mengoptimasikan rangkaian 4G sedia ada sebagai langkah persiapan untuk ke arah keperluan 5G.

Seperti ramai sedia maklum, teknologi 5G menjanjikan rangkaian 1Gbps kepada setiap pengguna, selain kadar pendam masa yang sangat rendah. Untuk mencapainya, ia agak sukar sekiranya syarikat telekomunikasi tidak mengoptimasikan rangkaian 4G sedia ada pada hari ini.

SKMM mengatakan purata kelajuan muat-turun 4G pada hari ini di Malaysia adalah 21.1Mbps. SKMM turut mengatakan rangkaian 4G di Malaysia berhadapan masalah kadar celus (throughput) yang rendah, iaitu 8Mbps. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk disebabkan seni bina rangkaian yang mempunyai 40% gentian optik di BTS (Base Transceiver Stations).

SKMM mengatakan syarikat telekomunikasi perlu merancang bagi memastikan capaian 4G lebih dioptimasikan, selain pada masa yang sama membuat persiapan ke arah 5G.

Spektrum dan perancangan penuh untuk 5G masih belum diumumkan. Rangkaian ini telah mula diuji dibeberapa lokasi dalam menghimpunkan sejumlah informasi awal berkaitan dengannya buat masa ini.


TIPS & ULASAN