Cari @ Amanz

Digi Sedang Mengalami Gangguan Panggilan Suara Dan Data (Dikemaskini)

Link Copied!

Pelanggan Digi di Lembah Kelang pagi ini melaporkan masalah gangguan panggilan suara dan data. Kami sedari masalah ini berlaku sejak dua jam yang lalu kerana gagal menggunakan aplikasi yang memerlukan pautan web. Setakat ini kami tidak mengetahui sejauh manakah keseriusan gangguan ini dan kawasan-kawasan manakah yang terkesan.


Pihak Digi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini namun akaun Twitter rasmi mengatakan proses membaikpulih sedang dilakukan dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam. Peranti akan menunjukkan ia tidak mempunyai rangkaian. Pengguna juga tidak boleh menggunakan sistem panggilan WiFi kerana peranti akan menunjukkan ia gagal melakukan sambungan ke rangkaian Digi. Kami akan mengemaskini laporan ini apabila maklumat lanjut diterima.

Kemas kini 1 – Rangkaian Digi kini sudah kembali pulih secara berperingkat. Pengguna di tengah-tengah Kuala Lumpur melaporkan mereka kini boleh melakukan serta menerima panggilan suara tetapi perkhidmatan data Internet sehingga jam 10:30 pagi ini masih terganggu.

Kemas kini 2 – Digi menyarankan pengguna untuk mengaktifkan dan mematikan mod kapal terbang pada peranti untuk menyelesaikan masalah ini. Jika masalah berterusan, pengguna disarankan pula untuk mematikan dan menghidupkan semula peranti. Pihak Digi memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna dan akan terus memantau situasi rangkaian mereka.


Komen ()