Carian
Park Smartly Wakil Malaysia Bagi Peringkat Akhir AWS Hackdays 2019 Di Singapura
March 29, 2019 • Liyana

Baru-baru ini, telah berlangsungnya peringkat akhir AWS Hackdays 2019: Hack for Good di KL Eco, Bangsar. Di mana tahun ini, empat kategori telah dipertandingkan adalah HealthTech, AgriTech, SmartCity dan Fintech. Pada peringkat akhir ini memperlihatkan persaingan antara lima kumpulan pemula iaitu Teralons, Move Malaysia, Find Recycler 2, SupremeTech dan Park Smartly.

Melalui sokongan penggunaan Amazon Web Service (AWS), peserta dapat mempamerkan idea produk mereka dengan menggunakan kemahiran berasaskan  kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, peranti berhubung, analisis data serta pada aplikasi moden.

Peringkat akhir AWS Hackdays 2019 ini telah dimenangi oleh Park Smartly, kumpulan ini telah menerima tiket penerbangan serta kemudahan peringkat akhir di Singapura AWS Hackdays 2019 dan bersiap sedia untuk mewakili Malaysia untuk berentap pada pusingan akhir. Park Smartly adalah sebuah laman yang menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk mencari kekosongan kawasan tempat letak kereta yang dikehendaki pengguna. Apa yang menarik lagi sistem mereka ini turut memperlihatkan jangkaan masa dan cadangan kepada pengguna.

Pihak Park Smartly turut menyatakan mereka akan meningkatkan lagi penyelesaian aplikasi mereka untuk berfungsi sepenuhnya pada masa sewaktu di Singapura. Mereka turut yakin bahawa dapat mencapai lebih banyak lagi dengan menggunakan alat dan inovasi AWS seperti seni bina tanpa pelayan, yang membolehkan mereka mengukur penyelesaian masalah dengan lebih lancar lagi.

Dengan memanfaatkan teknologi AWS, mereka mewujudkan penyelesaian digital berasaskan awanan yang boleh menyumbang kepada hasil sosial dan ekonomi yang positif di seluruh rantau ini dan memberi inspirasi kepada generasi pemula yang seterusnya.

Seterusnya, platform ini juga akan dijalankan pada enam buah negara Asia Tenggara lain termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia. Setiap pasukan kebangsaan yang memenangi acara ini akan mewakili negara mereka dan bersaing dalam AWS Hackdays 2019 Final di Singapura pada 10 April 2019 ini.

Komen