Cari @ Amanz

Huawei P30 dan P30 Pro adalah dua peranti mercu terbaru Huawei untuk tahun ini. Seperti biasa, dengan peranti ini Huawei kekal menjuarai sebagai peranti mercu dengan kamera yang terbaik. Huawei P30 Pro mempunyai sokongan pengecasan nirwayar, tetapi Huawei P30 tidak ada. Untuk mengecas Huawei P30 secara nirwayar, satu kerangka khas perlu digunakan.

Kerang pengecasan nirwayar Huawei P30 ini bukan sahaja memberi kemampuan pengecasan nirwayar. Ia juga mempunyai rekaan sisi yang diperbuat dari getah tebal yang mirip dengan sebuah kerangka jenis bumper untuk perlindungan. Kemudian, ia turut mempunyai magnet terbina untuk diletakkan pada aksesori pemegang dalam kereta.

Untuk pengecasan nirwayar, ia menyokong poengecasan nirwayar pantas 10W dengan pengiktirafan dari Qi. Corak belakang pula menggunakan rekaan kamoflaj yang menawarkan pilihan warna hijau atau jingga. Harga tidak lagi diumumkan, tetapi dari pandangan saya – ia mungkin akan dijual pada harga lebih RM100.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd