Baru-baru ini, laporan menunjukkan bahawa di Malaysia, pemilik perniagaan wanita di Facebook masih menghadapi cabaran pembiayaan yang signifikan, dengan 4/10 menyatakan bahawa mereka memulakan perniagaan mereka dengan simpanan peribadi. Kurang dari 1 daripada 5 berkata mereka kini mempunyai pinjaman bank atau penggunaan kad kredit. Hal ini kerana potensi kepimpinan wanita terjejas, kesan daripada kurangnya peranan modal dan sistem sokongan bimbingan perniagaan.
Oleh itu, #SheMeansBusiness adalah inisiatif global Facebook yang direka untuk membantu para wanita bagi mengambil langkah seterusnya dalam menguruskan perniagaan mereka. Platform ini menyediakan sokongan seperti kewangan, nasihat, latihan dan komuniti mentor rakan sebaya yang menyokong wanita dalam memperkasakan perniagaan mereka. Sehingga tahun ini, platform ini telah melatih seramai 130,000 wanita dalam kemahiran digital di seluruh Asia Pasifik.
Nicole Tan – Pengarah Facebook Malaysia, menekankan platform ini usahawan wanita dapat mempraktikkan pengetahuan teknologi dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya, ia juga membolehkan mereka berkongsi pengetahuan dan membina masa depan perniagaan bersama-sama.
Sehubungan itu, 9 dalam 10 pemilik perniagaan wanita turut mengatakan bahawa fungsi platform ini sangat berguna kepada wanita dalam mengembangkan kelangsungan dan membentuk perniagaan. Menerusi platform ini juga, secara terus dapat menjadi pemangkin kepada wanita untuk terus mengusahakan perniagaan pada laman media sosial dan digital.