Cari @ Amanz

Facebook ialah yang agak liberal. Mereka membenarkan pelbagai kandungan yang dipandang serong di negara-negara konservatif seperti Malaysia. Pasca serangan di Christchurch, ramai menyedari bahaya fahaman ketuanan kulit putih yang boleh ditemui dengan mudah di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebok.

Facebook telah mengeluarkan kenyataan akan mula mengharamkan kandungan berbentuk ketuanan kulit putih dan gerakan pemisah kulit putih. Ini mungkin terdiri daripada status memuji, menyokong dan imej yang berkait dengan gerakan fasis kulit putih. Frasa-frasa yang selalu digunakan oleh golongan ini (seperti Heil Hitler) misalnya akan dihalang. Apabila carian dilalukan, pengguna akan diberikan pautan ke NGO Life After Hate yang terdiri daripada golongan pelampau perkauman yang menyedari kesilapan fahaman ekstremis mereka.

Sistem pembelajaran mesin akan digunakan untuk mencari kandungan yang kini dikategorikan sebagai melanggar terma dan syarat Facebook. Sebelum sistem yang sama digunakan oleh mereka untuk mengharamkan kandungan dan laman pro-keganasan. Pasca serangan Christchurch, Facebook berjaya menghalang jutaan muat naik video serangan di atas menerusi sistem pengesanan automatik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd