Di Asia Tenggara terdapat dua Apple Store yang terletak di Orchard Road Singapura dan Iconsiam Bangkok. Menurut laporan Straits Time, dua lagi Apple Store akan dibuka di Singapura dalam masa terdekat. Dua lokasi kedai premium Apple ini ialah Marina Bay Sands dan Jewel Changi Airport.
Di Marina Bay Sands, sebuah struktur berbentuk sfera sedang dibina di atas permukaan air. Ia terletak bersebelahan premis barangan mewah Louis Vuitton yang juga dibina di atas permukaan air. Menurut Straits Time, pengguna boleh memasuki Apple Store ini menerusi terowong di bawah permukaan air kelak.
Jewel Changi Airport pula ialah pusat membeli belah yang dibina di Lapangan Terbang Changi. Ia mempunyai kubah gergasi yang diperbuat daripada kaca dan sebuah air terjun buatan manusia setinggi 40 meter ditengah-tengah bangunan. Jewel Changi Airport akan dibuka kepada umum pada 17 April hadapan.