Carian
Samsung Galaxy A10 Dan Galaxy A20 Turut Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM499
March 28, 2019 Aman

Samsung Malaysia telah pun menawarkan dua telefon pintar dibawah siri Galaxy A sejak beberapa minggu lepas, iaitu Galaxy A30 dan juga Galaxy A50. Kini, menambah lagi kepada koleksi peranti dibawah siri berkenaan, dua telefon pintar lagi telah mula ditawarkan, iaitu Galaxy A10 dan juga Galaxy A20.

Samsung Galaxy A10

Samsung Galaxy A10 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas-pertengahan, hadir menggunakan skrin 6.2-inci bertakuk “V”, cip Exynos 7884, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 3400mAh.

Samsung Galaxy A20 hadir dengan penawaran sedikit tinggi, menggunakan skrin 6.4-inci bertakuk “V”, dijana cip Exynos 7884, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 5MP, kamera hadapan 8-megapixel, serta bateri berkapasiti 4000mAh.

Kedua-dua peranti ini dilihat telah mula ditawarkan oleh sejumlah penjual tempatan. Samsung Galaxy A10 dilihat membawakan tanda harga RM499, sementara Galaxy A20 pula dilihat membawakan tanda harga RM699.

Bagi anda, bagaimanakah penawaran terbaru daripada Samsung ini?

Komen