Cari @ Amanz

Dengan perkhidmatan penstriman muzik seperti Sportify, jutaan lagu boleh distrim dari peranti tanpa perlu memakan ruang di dalam peranti. Ini boleh dilakukan dengan melanggan akaun Premium atau percuma yang yang disokong dengan iklan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan bayaran bulanan, Spotify kini menguji langganan Premium Duo di beberapa negara terpilih.

Menerusi Premium Duo, dua orang pengguna boleh berkongsi akaun dengan yuran langganan €12.49 (~RM 57)sebulan. Ini adalah lebih murah berbanding €9.99 (~RM 46) seorang untuk langganan Premium biasa. Menerusi Premium Duo, pengguna boleh berkongsi senarai main yang dihasilkan secara automatik mengikut muzik yang didengari. Buat masa ini Premium Duo hanya ditawarkan di negara Ireland, Poland Denmark, Colombia dan Chile. Tidak diketahui sama ada fungsi ini akan ditawarkan di negara selain di atas.

Di Malaysia hanya langganan Spotify Family ditawarkan yang membolehkan perkongsian enam individu di bawah satu akaun. Namun dari pengalaman peribadi agak sukar untuk mengaktifkan akaun ini kerana Spotify kerap meminta pengesahan alamat. Jika akaun dibuka sebelum berkahwin dengan dua alamat berbeza, isteri atau suami tidak boleh dimasukkan di bawah langganan Spotify Family dengan mudah. Mereka perlu membuka akaun baharu yang menyebabkan kesemua senarai muzik yang disimpan tidak boleh digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd