Laman Apple Menandakan Apple Arcade Dan Apple TV+ Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Tahun Ini

Laman Apple Menandakan Apple Arcade Dan Apple TV+ Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Apple pada minggu ini telah pun melancarkan sejumlah perkhidmatan langganan berbayar bulanan mereka secara rasminya, terdiri daripada langganan perkhidmatan majalah Apple News+, perkhidmatan video Apple TV+, dan juga perkhidmatan permua Apple Arcade.

Bagi anda yang tertanya-tanya bilakah perkhidmatan berkenaan akan hadir, kini melalui laman rasmi Apple Malaysia, dua perkhidmatan dilihat akan diperkenalkan untuk pengguna tempatan – iaitu Apple Arcade dan juga Apple TV+.

Apple Arcade

Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan bulanan untuk permainan video. Pengguna boleh membuat pembayaran dan mengakses kepada sejumlah permainan berbayar pada platform iOS, macOS dan pada televisyen. Ini membolehkan pengguna lebih berjimat, dan memainkan pelbagai permainan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi seperti kebiasaan untuk membeli setiap permainan secara individu. Apple mengatakan lebih 100 permainan akan ditawarkan melalui Apple Arcade untuk peringkat permulaan. Namun, tarikh ia akan ditawarkan masih tidak diketahui lagi.

Apple TV+ pula merupakan perkhidmatan penstriman video yang menawarkan kandungan eksklusif untuk platform Apple, selain turut memudahkan pengguna melanggan kepada sejumlah kandungan lain hasil kerjasama penerbit kandungan yang lain.

Apple TV Baru

Apple News+ pula dilihat tidak akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat peringkat permulaan ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut bilakah perkhidmatan ini akan dilancarkan secara rasminya, dan berapakah harga langganan tempatan untuk Apple Arcade dan Apple TV+.

Layari : Apple Arcade Malaysia

Layari : Apple TV+ Malaysia


TIPS & ULASAN