Sony Menggabungkan Bahagian Xperia Dengan Barisan Produk TV, Audio Dan Kamera

Sony Menggabungkan Bahagian Xperia Dengan Barisan Produk TV, Audio Dan Kamera

Diterbitkan pada Mac 29, 2019 oleh .

Xperia adalah jenama telefon pintar dari Sony. Tidak dinafikan jenama ini sudah tidak sehebat seperti zaman Xperia Z3. Dengan pelancaran Xperia 1 dan beberapa siri baru telefon pintar, Sony dilihat ingin kembali meraih populariti. Terkini, bahagian Xperia ini dilaporkan akan digabungkan dengan bahagian produk TV, audio dan kamera Sony.

Bahagian baru yang terdiri daripada Xperia, televisyen Sony, produk-produk audio dan kamera ini digelar sebagai Electronics Products and Solutions. Tidak jelas lagi, kenapa Sony ingin menggabungkan bahagian Xperia dengan bahagian produk-produk lain ini.

Menurut sumber, keputusan Sony ini dibuat kerana bahagian Xperia tidak menjana keuntungan, tetapi hanya kerugian. Tahun lepas, Sony telah rugi sebanyak $940 Juta dan pada suku tahun kedua 2018 (fiskal) bahagian Xperia sahaja telah mengalami kerugian sebanyak $480 Juta. Walaupun bahagian permainan Sony, PlayStation meraih keuntungan – ia hanya menjana keuntungan sebanyak $317 Juta pada ketika itu. Keuntungan ini sahaja, masih tidak menampung kerugian bahagian Xperia.

Jadi, mungkin dengan menggabungkan Xperia dengan barisan produk lain dalam bahagian Electronics Products and Solutions, mungkin Sony akan hadir dengan strategi baru. Bahagian baru ini akan dimulakan pada 1 April nanti. Mungkin kita akan kedengaran kenyataan rasmi daripada Sony kelak.


TIPS & ULASAN