Samsung Galaxy Tab A (2019) Dilancarkan Dengan Sokongan S-Pen

Samsung Galaxy Tab A (2019) Dilancarkan Dengan Sokongan S-Pen

Diterbitkan pada Mac 29, 2019 oleh .

Samsung baru-baru ini secara senyap telah melancarkan sebuah tablet baru, iaitu Galaxy Tab A (2019). Tablet ini berada dalam kategori peranti kelas pertengahan dan ia membawakan beberapa ciri menarik.

Galaxy Tab A (2019) ini hadir dengan skrin 8-inci berresolusi 1920×1200 panel LCD. Untuk kuasa ia dijana dengan cip yang sama digunakan pada Galaxy M20, iaitu Exynos 7904. Ia dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Tablet ini turut mempunyai slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 512GB.

Untuk kamera utama, ia mempunyai lensa 8MP dan lensa kamera swafoto adalah 5MP. Menariknya, kamera Galaxy Tab A (2019) ini turut menyokong AR Emoji dan mod bokeh Live Focus. Untuk rakaman video, ia menyokong kualiti rakaman FHD.

Tablet ini mempunyai kapasiti bateri 4200mAh dan menjalankan One UI berasaskan Android 9.0 Pie. Ia turut hadir dengan S-Pen terbina dan menurut Samsung, S-Pen ini adalah S-Pen dari Samsung Galaxy Note 8. Tablet ini akan dijual di Cambodia, Laos, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan UK. Tiada harga jualan diumumkan lagi, apa-apa pun – sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN