Cari @ Amanz

Samsung nampaknya bersungguh-sungguh memulakan strategi pengeluaran telefon pintar seakan pengeluar China seperti Xiaomi, Oppo, Vivo dan lain-lain. Selepas Galaxy A baru dan Galaxy M20, Samsung dilihat ingin hadir dengan peranti Android Go kedua pula.

Informasi yang diterima dari Slashleaks mencadangkan yang Samsung Galaxy A2 Core adalah peranti Android Go kedua Samsung, selepas Galaxy J2 Core. Slashleak telah menemui fail PDF buku panduan buat peranti ini.

Galaxy A2 Core ini dijana Exynos 7870, mempunyai skrin 5-inci 540×960, memori 1GB RAM, sokongan kad mikroSD, kamera utama 5MP, tiada pengimbas cap jari dan kamera swafoto. Untuk bateri, ia mempunyai kapasiti 2600mAh dan akan menjalankan Samsung Experience berasaskan Android Go (Oreo).

Tiada lagi maklumat berkaitan harga. Tetapi, Samsung mungkin akan bersaing dengan Xiaomi Redmi Go yang dijual pada RM299 sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Slashleak [1], [2], PDF Samsung

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd