Cari @ Amanz

Kementerian Pendidikan Ingin Memperkenalkan Program Sekolah Nirtunai

Oleh Aman

Link Copied!

Arena transaksi nirtunai semakin popular pada masa kini, dan semestinya dalam terus mempopularkannya, salah satu kaedah adalah mendidik penggunaannya daripada pelajar sekolah. Selari dengannya, kini Kementerian Pendidikan dalam perancangan untuk hadir dengan program sekolah nirtunai.

Program sekolah nirtunai ini dijangka dijayakan oleh Kementerian Pendidikan bersama-sama kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional. Untuk peringkat permulaan, program rintis berkenaan dijangka dijalankan di sekolah-sekolah terpilih.

Dengan implementasi sekolah nirtunai, ia akan mengurangkan risiko pelajar kehilangan atau kecurian wang. Disamping itu, dengan penawaran aplikasi yang bersesuaian, ia juga akan membolehkan ibu bapa memantau perbelanjaan anak-anak, selain pada masa yang sama mendidik mengenai pengurusan kewangan dikalangan para pelajar diusia muda.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai kaedah implementasi dan sebagainya tidak lama lagi.


Komen ()