Sejak kebelakangan ini Instagram semakin agresif dalam meningkatkan kandungan video menerusi IGTV. Tetapi sokongan video pada susur masa telah disokong lebih awal daripada itu. Satu kekurangan nyata Instagram ialah menonton video adalah agak sukar kerana tiada sebarang butang kawalan pada skrin.
Instagram is testing video seekbar pic.twitter.com/gyIZZhrh2y
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) March 27, 2019
Ini mungkin akan diselesaikan dalam masa terdekat menerusi talam kawalan yang kini sedang diuji. Seperti biasa fungsi baharu ini ditemui oleh Jane Machun Wong. Beliau yang terkenal dengan kemampuan beliau menemui fungsi baharu pada aplikasi di bawah payung Facebook lebih awal dari pengguna lain. Dengan wujudnya talam kawalan, pengguna lebih bebas mencari bahagian video yang ingin ditonton berkali-kali.