Cari @ Amanz

Honor 10i Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Link Copied!

Honor ialah jenama mampu milik bagi mereka yang mencari peranti yang mempunyai spesifikasi setanding dengan peranti Huawei. Hanya minggu lalu Honor 10i telah dilancarkan di Rusia sahaja. Pihak Honor Malaysia pagi ini telah berkongsi imej acah yang mengesahkan Honor 10i akan turut dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam tempoh terdekat.

Honor 10i ialah peranti pertama jenama ini dengan sistem tri-kamera. Dari segi spesifikasi pula ia dilengkapi skrin 6.21-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 710, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 128GB , kamera  utama 24+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri sebesar 3400mAh.

Sistem tri-kamera dilengkapi sensor sudut lebar, ultra sudut lebar dan pengesan kedalaman. Ini berbeza dengan hanya sensor 13+2 Megapixel pada Honor 10 Lite yang dilancarkan Januari lalu. Kamera hadapan juga dipertingkatkan dari hanya 24-Megapixel. Tiada perbezaan pada spesifikasi lain.


Komen ()