Samsung Galaxy Buds Dan Galaxy Watch Active Akan Dijual Di Malaysia Pada 2 April

Samsung Galaxy Buds Dan Galaxy Watch Active Akan Dijual Di Malaysia Pada 2 April

Diterbitkan pada Mac 29, 2019 oleh .

Semasa pelancaran Samsung Galaxy S10 pada 26 Mac yang lalu, pembeli awal menerima jam tangan pintar Galaxy Watch Active dan fon telinga nirwayar Galaxy Buds. Bagi mereka yang ingin membeli kedua-dua aksesori terkini ini di Malaysia, ia  akan mula dijual bermula 2 April hadapan.

Samsung Galaxy Watch Active dijual pada harga RM799 manakala Galaxy Buds pula pada harga RM499. Pemilik Galaxy S10 boleh mengecas kedua-dua peranti ini menerusi sistem nirwayar PowerShare  di bahagian belakang peranti.

Galaxy Watch Active dilengkapi skrin 1.1-inci AMOLED berbentuk bulat, cip Exynos 9110 dua teras , memori 768MB RAM, dan bateri sebesar 230mAh. Jam tangan pintar ini turut mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan 5ATM.


TIPS & ULASAN