Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah sedia menawarkan perkhidmatan Android Messages untuk diakses melalui web. Ketika pengenalan tahun lepas, ia beroperasi dibawah domain Android.com, tetapi hal berkenaan berubah kini, dan pengguna telah mula dibawa ke perkhidmatan sama dibawah nama domain Google.com.

Perubahan ini dilakukan secara automatik apabila pengguna membuat log masuk pada perkhidmatan berasaskan web berkenaan.

Bagi yang tidak pernah menggunakan ciri Messages ini, ia membolehkan anda mengakses pelbagai mesej yang diterima melalui telefon pintar terus pada skrin komputer – dan berinteraksi menggunakannya bersama rakan-rakan lain. Seperti ramai sedia maklum, sokongan RCS turut disertakan pada Messages, sekaligus menawarkan sokongan permesejan berkumpulan dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd