Samsung Galaxy S10 5G Akan Dijual Di Korea Selatan Pada Harga Bermula RM4992

Samsung Galaxy S10 5G Akan Dijual Di Korea Selatan Pada Harga Bermula RM4992

Diterbitkan pada Mac 29, 2019 oleh .

Jualan Samsung Galaxy S10 dilaporkan agak rendah di Korea Selatan. Ini adalah kerana pengguna di negara K-Pop ini menantikan versi 5G untuk ditawarkan memandangkan negara ini adalah yang terawal mempunyai rangkaian 5G. Samsung Galaxy S10 5G dijual pada harga KRW 1,390,000 (~RM 4992) untuk versi storan 256GB dan KRW 1,550,000 (~RM 5567) untuk versi storan 512GB.

Samsung Galaxy S10 5G

Ini adalah harga yang lebih murah berbanding Samsung Galaxy S10+ dengan 12GB RAM dan 1TB storan yang ditawarkan di Malaysia. Selain sokongan 5G, dua model yang ditawarkan di Korea Selatan ini dilengkapi skrin lebih besar 6.7″ Dynamic AMOLED QHD+, hanya hadir dengan memori sebesar 8GB, tiada slot untuk kad mikroSD dan mempunyai konfigurasi catur-kamera 12+12+16+TOF Megapixel pada bahagian belakang. Pengguna di Korea Selatan boleh membeli Samsung Galaxy S10 5G bermula 5 April kelak.


TIPS & ULASAN