Carian
Apple Membatalkan Apple AirPower – Mengatakan Gagal Mencapai Kualiti Piawaian Yang Ditetapkan
March 30, 2019 Aman

Apple AirPower merupakan salah satu produk pengecasan nirwayar multi-peranti yang telah dipertontonkan oleh Apple pada 2017 lepas. Walaubagaimanapun, ia telah ditangguhkan pelancarannya beberapa kali, dan hari ini, Apple mengatakan yang mana mereka telah membatalkan produk AirPower berkenaan.

Apple mengatakan ia dibatalkan kerana mereka gagal mencapai kualiti piawaian tinggi yang ditetapkan, sekaligus membatalkan projek berkenaan.

Apple turut menambah mengatakan mereka meminta maaf kepada para pelanggan yang menantikan produk berkenaan. Walaubagaimanapun, Apple turut menekankan kepada penggunaan nirwayar, dan komited dalam meneruskan fokus terhadap arena nirwayar berkenaan.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Apple menghadapi cabaran dalam pembangunannya – dan salah satunya adalah ia menjadi terlebih panas, selain beberapa masalah lain.

Dengan pembatalan projek ini, sama-sama kita nantikan apakah produk pengecasan nirwayar seterusnya yang bakal dibawakan oleh Apple untuk para peminat mereka.

Komen