DC Universe Menawarkan Akses Kepada Kesemua Koleksi Komik Digital Kepada Pelanggan

DC Universe Menawarkan Akses Kepada Kesemua Koleksi Komik Digital Kepada Pelanggan

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

DC Comics telah beroperasi sejak 1935 dan adalah bertanggungjawab menjadi penerbit kepada siri popular Batman, Superman, Wonder Women, Watchmen, Suicide Squad dan banyak lagi. Kerana sudah beroperasi hampir satu abad, kami yakin tidak ramai pembaca mempunyai akses kepada kesemua komik yang pernah mereka terbitkan.

Berita baik bagi pelanggan DC Universe, anda kini boleh mengakses arkib komik digital DC secara menyeluruh bermula April. Tiada bayaran tambahan perlu dibayar. Pelanggan DC Universe boleh mengakses kandungan lebih 80 tahun DC terus dari aplikasi. Sebelum ini DC Universe hanya menawarkan sebilang kecil komik pilihan kepada pelanggan. Dengan pengumuman ini, DC Universe sah menjadi Netflix untuk peminat komik DC dan juga siri-siri eksklusif terbitan mereka.

Walaubagaimanapun hanya komik yang telah berusia setahun akan ditawarkan. Bagi mereka yang ingin membaca isu terkini, mereka masih perlu membelinya secara digital atau fizikal di kedai komik berdekatan. Kami sarankan anda membaca Kingdom Come, Killing Joke, Batman HUsh dan Watchmen hari ini jika ingin berjinak-jinak dengan komik terbitan DC.


TIPS & ULASAN