WOW Cantik – Platform Penstriman Sosial Jualan Beli Belah Untuk Pengguna

WOW Cantik – Platform Penstriman Sosial Jualan Beli Belah Untuk Pengguna

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Baru-baru ini, CJ WOW SHOP telah memperkenalkan ‘WOW Cantik’, satu rancangan fesyen & kecantikan yang memaparkan penstriman sosial siaran secara langsung. ‘WOW Cantik’ turut akan diacarakan oleh selebriti tempatan, Yana Samsudin.

Platform ini melancarkan pelbagai format rancangan bagi memberi nafas baharu kepada program dengan memfokuskan kepada inovasi untuk menyediakan pengalaman beli-belah di rumah yang terbaik. Rancangan ini akan menyaksikan interaksi dengan penonton di rumah mahupun studio melalui penstriman masa nyata.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggan serta memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, ia telah memperluas tawarannya daripada 27 produk apabila ia baru dilancarkan, kepada lebih 1,000 produk pada hari ini, termasuklah produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peranti elektronik, kecantikan dan fesyen dan banyak lagi.

Dengan perkembangan ini, CJ WOW SHOP menyasarkan untuk melangkaui jualan tahunan sebanyak RM300 juta pada tahun 2019. Matlamat ini ditetapkan berdasarkan prestasi hebatnya pada tahun lalu, di mana ia berjaya melangkaui sasaran pendapatan sebanyak RM200 juta pada penghujung tahun 2018.

Bermula dari 1 April hingga 21 April 2019, pelanggan boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan melalui promosi eksklusif berikut.

  • BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)
  • BAUCER DISKAUN WOW RM3 untuk pembelian dalam talian
  • 5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian

TIPS & ULASAN