(April Fool) Google Maps Kini Menyokong Permua Klasik Snake

(April Fool) Google Maps Kini Menyokong Permua Klasik Snake

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Sebelum wujudnya permua seperti PUBH, Angry Birds dan Clash Royale, Snake ialah raja segala permua kerana disertakan dalam setiap peranti Nokia. Ia adalah antara permua terawal yang dimainkan ketika bosan menunggu bas atau di dalam dewan kuliah. Hari ini Snake disokong pula di dalam aplikasi pemetaan Google Maps.

Seperti Snake asal, pengguna boleh mengawal pengangkutan awam seperti kereta api dan bas untuk mengangkut penumpang yang dilihat di atas peta. Antara lokasi yang boleh dimainkan ialah Tokyo, San Francisco, Sydney, London, Sao Pailo dan Kaherah. Terdapat juga pilihan untuk memainkan di atas petas dunia. Untuk mengakses mod Snake ini, pengguna hanya perlu menatal ke menu di dalam Google Maps dan memilih Play Snake.


TIPS & ULASAN