Why Am I Seeing This? – Facebook Hadir Dengan Ciri Baru Untuk Memudahkan Pengguna Mengawal Kandungan Yang Hadir Pada Susur Masa Facebook

Why Am I Seeing This? – Facebook Hadir Dengan Ciri Baru Untuk Memudahkan Pengguna Mengawal Kandungan Yang Hadir Pada Susur Masa Facebook

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Sebelum ini, Facebook memperkenalkan ciri “Why Am I Seeing This Ad?” sebagai satu cara untuk pengguna mengawal jenis iklan yang dipamerkan di susur masa mereka.

Kini, Facebook dilihat mengumumkan ciri “Why Am I Seeing This Post” yang membolehkan pengguna melihat mengapa mereka melihat pos yang mungkin tidak diketahui asal-usulnya, seperti dari kumpulan yang disertai oleh rakan-rakan di platform tersebut.

Diantara butiran yang diperlihatkan melalui ciri ini termasuklah:

  • Mengapa anda sedang melihat pos tersebut
  • Kekerapan anda berinteraksi dengan pos dari pengguna ataupun kumpulan Facebook yang dilihat
  • Kekerapan interaksi dengan jenis pos (pos biasa, gambar, video)
  • Populariti pos yang dikongsi oleh pengguna

Ciri ini juga membolehkan pengguna untuk memilih untuk melihat jenis kandungan yang diposkan oleh rakan-rakan mereka. Ini termasuklah pilihan untuk tidak melihat pos daripada kumpulan-kumpulan Facebook yang disertai oleh rakan-rakan mereka.


TIPS & ULASAN