Musim perayaan adalah musim yang sangat sibuk dengan aktiviti aktiviti kekeluargaan. Sudah menjadi satu tradisi dimana setiap kali perayaan, kita semua akan pulang ke kampung halaman masing masing untuk beraya bersama sanak saudara yang lain.
Namun, ada juga golongan yang sering mencari alasan untuk tidak pulang ke kampung kerana tidak mahu melepaskan peluang bermain permua dengan rakan rakan mereka di bandar. Hal ini menambah lagi dilema kepada mereka kerana risau tidak dapat bermain permua di kawasan kampung disebabkan liputan internet yang kurang baik.
Tetapi, sekiranya anda bermain permua menggunakan telefon pintar gaming yang sesuai dan berspesifikasi tinggi, masalah lengah masa semasa bermain permua dapat dikurangkan. Ini adalah kerana telefon pintar gaming kebanyakkannya hadir dengan spesifikasi yang tinggi, seperti fungsi internet yang akan memfokuskan kepada permainan permua bagi memberikan pengalaman permainan yang baik tanpa mengira masa dan tempat.
Oleh itu, Maxis menawarkan pelan yang sangat berbaloi untuk dilanggan, dikenali sebagai Zerolution. Pelan ini membolehkan anda untuk beraya sambil menikmati kuota internet dengan liputan yang meluas selain peluang untuk memiliki telefon pintar berspesifikasi gaming pada harga yang murah.
Antara telefon pintar yang ditawarkan melalui pelan Zerolution ini adalah Asus ROG, Razer Phone 2 dan BlackShark 2. Dengan penawaran ini, anda bukan sahaja beraya dengan baju raya baru, malah boleh memiliki telefon pintar raya berspesifikasi gaming tanpa sebarang bayaran pendahuluan, kadar faedah dan kad kredit jika memenuhi kelayakkan yang diberikan.
Bagi telefon pintar Razer Phone 2, anda hanya perlu membayar harga peranti serendah RM80 sahaja setiap bulan. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin nirtakuk 5.7 inci IPS LCD QHD HDR, dijana dengan cip Snapdragon 845, dan bateri sebesar 4000mAh.
Sekiranya anda berminat untuk beraya dengan ASUS ROG Phone, komitmen anda setiap bulan bermula pada harga RM76 hingga RM104 setiap bulan. Telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.0 inci, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, dan bateri sebesar 4000mAh.
Maxis juga turut menawarkan telefon pintar BlackShark 2 yang baru sahaja dilancarkan ke dalam pelan Zerolution mereka. Penawaran daripada Maxis ini membolehkan anda untuk beraya dengan telefon pintar yang paling terkini pada bayaran sebanyak RM67 sahaja sebulan. Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin TrueView sebesar 6.39 inci panel AMOLED, dijana dengan cip Snapdragon 855 dan bateri berkapasiti 4000mAh.
Setiap pelan menawarkan data internet yang berbeza bermula daripada 30GB hingga 60GB. Keempat empat pakej MaxisONE ini juga memberikan peluang kepada anda untuk menikmati panggilan suara dan SMS secara percuma.
Bercakap mengenai penawaran data internet, tahukah anda Maxis 4G LTE adalah liputan internet yang paling baik dan sesuai digunakan untuk bermain permua? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru baru ini telah menerbitkan laporan mengenai prestasi liputan internet di Malaysia untuk tahun 2018.
Melalui apa yang dilaporkan, Maxis telah dicatatkan sebagai syarikat telekomunikasi dengan purata muat turun tertinggi di Malaysia iaitu mencapai sehingga 35.02 Mbps. Pihak mereka juga merupakan antara yang terpantas dalam memberikan capaian internet yang baik dengan purata 34.48ms sahaja, diikuti oleh Digi dan Celcom.
Kehilangan paket data akan berlaku sekiranya terlalu ramai pengguna aktif melayari internet pada satu masa yang sama. Namun, Maxis dilihat tidak mengalami masalah ini dengan serius kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaporkan bahawa Maxis hanya mengalami 0.02% sahaja daripada keseluruhan kehilangan paket data sepanjang tahun 2018.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk memiliki telefon pintar berspesifikasi gaming dengan rangkaian internet yang baik, Maxis Zerolution merupakan pelan yang cukup berbaloi untuk anda langgan. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pilihan telefon pintar gaming yang ditawarkan melalui pelan ini, boleh layari ke laman rasmi Maxis.
- Info
- Langgan : Telefon Pintar Gaming Melalui Pelan Maxis Zerolution
Penafian: Advertorial daripada Maxis