Bermula hari ini, 1 April IBM mengumumkan pelantikan Catherine Lian selaku Pengarah Urusan baharu IBM Malaysia dikuatkuasakan. Beliau akan melaporkan diri kepada Patricia Yim, Pengurus Besar, IBM ASEAN.
Berbekalkan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri teknologi, seperti Dell Technologies. Lian juga merupakan sebahagian daripada panel Rangkaian Usahawan Wanita turut difahamkan memegang pelbagai peranan pengurusan di seluruh pasaran ASEAN dan Asia Selatan termasuk Malaysia, Korea, Pakistan, Sri Lanka, China, Bangladesh, Indochina dan Kemboja. Sepanjang kariernya, beliau telah diiktiraf secara konsisten untuk melampaui sasaran perniagaan, dan meraih kejayaan pada khidmat pelanggan.
Sebagai Pengarah Urusan IBM Malaysia, Lian akan bertanggungjawab terhadap pertumbuhan dan kepimpinan IBM di Malaysia, dengan kerjasama yang erat dengan pelanggan, rakan kongsi, kerajaan dan komuniti, menggunakan kecerdasan buatan, awanan, rantaian blok dan teknologi baru muncul.