Konsol Sony PlayStation akan menyambut ulang tahun ke-25 pada Disember ini. Kini terdapat empat generasi PlayStation yang harus dimiliki oleh peminat tegar. Hari ini mereka mengumumkan koleksi rantau kunci edisi terhad bagi menyambut ulang tahun mereka. Kesemua rantai kunci yang dihasilkan disambung kepada konsol bersaiz sebenar.
Menarik sekali rantai kunci ini berfungsi sepenuhnya dan boleh dimainkan jika berminat. Dengan koleksi ini, peminat tegar PlayStation boleh menunjukkan betapa berdedikasinya mereka kepada jenama ini. Pihak Sony tidak berkongsi berapakah harga jualan rantai-rantai kunci ini. Pada waktu yang sama aksesori seperti alat kawalan Dual Shock, kabel kuasa dan kabel HDMI tidak disertakan dengan setiap pembelian.