Warp Charge adalah sistem pengecasan pantas terbaru dari OnePlus. Ia hadir dengan kuasa 30W dan buat masa ini hanya boleh digunakan pada OnePlus 6T McLaren Edition. Terkini, OnePlus telah melancarkan WarpTen iaitu ‘pengecas pantas’ untuk manusia.
‘Pengecas pantas’ ini adalah sejenis coklat dengan 33% kandungan koko dan manis. Ia akan memberikan tenaga tambahan kepada manusia, jika seseorang itu keletihan. Mengejutkan, ia turut mengecas peranti pengguna secara nirwayar sebenar.
Seperti Dash Energy Drink (air tenaga berasaskan Dash) yang dilancarkan pada tahun 2017, coklat WarpTen ini turut akan diberikan kepada pengguna – tetapi ia terhad kepada 10 pengguna sahaja. Coklat ini adalah coklat premium buatan tangan dari bahan yang berasal dari Eropah.