Sebentar tadi, OnePlus telah melancarkan WarpTen – sejenis coklat untuk ‘menegcas’ manusia. Tetapi, WarpTen hanya terhad buat pengguna di China. Untuk pengguna global, OnePlus telah melancarkan Warp Car. Ia adalah kereta elektrik dengan kemampuan mengecas melalui Warp Charge.
Menurut OnePlus, perjalanan dari Los Angeles ke Las Vegas (~434 KM) – Warp Car hanya perlu dicas selama 20 minit sahaja. Spesifikasi Warp Car ini adalah, 20 minit pengecasan penuh, perjalanan 0-60 mph dalam masa 3 saat, teknologi memandu pada kelajuan 290 batu tanpa rasa bimbang, boleh ditambat dengan OnePlus 6T dan kokpit pemandu dengan elemen gentian karbon dan Morandi Gray.