Minggu lepas, warna-warna unik Oppo Reno telah diperlihatkan. Selang tiga hari kemudian, Oppo Reno Lite dengan kamera persikop unik telah tertiris. Hari ini, Oppo Reno dilihat telah diluluskan oleh TENAA dan tersenarai awal dalam kedai atas talian JD.com.
Apa yang tertiris hanyalah imej pengolokan rasmi. Peranti ini dilihat akan dijana Snapdragon 710 dan mempunyai rekaan skrin nirbingkai yang menyeluruh. Di belakang kelihatan dwi-kamera dan tiada pengimbas cap jari. Ini bermakna peranti ini akan mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin. Nampaknya, Oppo teruskan lagi telefon pintar dengan rekaan seksi seakan Oppo Find X. Oppo Reno lite adalah peranti keempat dalam siri Reno. Ini kerana, banyak perkara yang dikongsikan sebelum ini adalah untuk Oppo Reno, Oppo Reno Lamborghini Edition dan Oppo Reno Lite Deluxe.
Oppo Reno akan diperkenalkan pada 10 April ini. Sama-sama kita nantikan siri Reno daripada Oppo ini dan kenapa mereka hadir dengan siri baru.