Cari @ Amanz

Webe Digital, anak syarikat Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan perkhidmatan internet yang mengabungkan penawaran internet mudah-alih dan juga rumah pada harga langganan serendah RM100 sebulan. Sebelum ini, ia hanya ditawarkan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, tetapi kini diperluaskan ke beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Nex.Life

Melalui Nex.Life, ia menawarkan satu pelan talian mudah-alih 4G LTE tanpa had, selain penawaran talian untuk rumah pada kelajuan 20Mbps. Kedua-dua penawaran ini disediakan pada satu harga langganan, iaitu bermula RM100 sebulan.

Untuk kawasan Lembah Klang, ia ditawarkan di beberapa kawasan termasuk sekitar Ampang, Jelatek, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kota Damansara, Bandar Mahkota Cheras, Bandar Sri Damansara, Taman Sri Damansara, Desa Aman Puri, Taman Daya Kepong, Taman U-Thant, Taman Gembira Kuchai Lama, Bandar Sungai Long dan Prima Damansara (melalui laporan Lowyat).

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Nex.Life ini, boleh menyemak kawasan liputan secara rasmi di laman mereka, dan membuat tempahan melaluinya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd