Cari @ Amanz

(April Fool) Google Calendar Kini Menawarkan Permainan Seumpama Space Invaders

Oleh Aman

Link Copied!

Google sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka April Fool yang menarik. Pada Google Calendar, anda kini boleh memainkan sebuah permainan ringkas seumpama Space Invaders.

Google Calendar

Untuk memainkannya, anda hanya perlu ke halaman Google Calendar pada pelayar web desktop, seterusnya klik pada butang “Tetapan”, dan memilih “Play a Game”.

Seterusnya, halaman Google Calendar anda akan diubah, dan anda perlu mengawal untuk menembah pelbagai “aturcara” yang jatuh ke bawah. Kelajuan ia meningkat dari satu tahap ke tahap seterusnya.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Google Calendar, dan mencubanya hari ini.

Layari : Google Calendar

Komen ()