Carian
Airbnb Membuat Pelaburan Strategik Pada OYO
April 1, 2019 Aman

OYO merupakan salah satu penyedia yang menawarkan tempat tinggal ketika bercuti memfokuskan lebih kepada hotel-hotel bajet. Ia telah dimulakan di India, dan telah memperluaskan penawaran ke sejumlah lokasi seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Terkini, Airbnb mengumumkan yang mana mereka telah membuat pelaburan strategik pada OYO. Ia tidak diumumkan nilai pelaburan, tetapi ia disasarkan sekitar $200 juta.

OYO Dikatakan kini meliputi sekitar 500,000 bilik di lapan negara, termasuk India, China, Malaysia, Nepal, UK, Indonesia, Filipina dan UAE.

Dengan pelaburan strategik ini juga, ia mengukuhkan lagi kedudukan Airbnb dalam menjadi hab setempat sekiranya seseorang ingin melancong dan sebagainya. Sebelum ini, Airbnb turut telah menambah beberapa perkhidmatan baru pada laman mereka, termasuk menawarkan pengalaman bercuti di sesuatu lokasi.

Komen