Facebook Mempertimbangkan Untuk Menambah Tab Khusus Untuk Berita

Facebook Mempertimbangkan Untuk Menambah Tab Khusus Untuk Berita

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Penawaran penerbitan digital telah menjadi fokus ramai pihak sejak setahun dua kebelakangan ini. Malah, baru-baru ini, Apple turut telah memperkenalkan Apple News+ yang memfokuskan kepada penerbit berita dan majalah. Kini, Facebook turut sedang melihat ke arena yang lebih kurang sama.

Menurut Mark Zuckerberg, Facebook dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menambah sebuah tab khusus yang memfokuskan kepada penawaran berita. Dengan langkah ini, ia akan selari dengan hasrat Facebook sebelum ini yang ingin memfokuskan News Feed untuk perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, sementara tab khusus ini akan menawarkan pelbagai perkongsian daripada laman-laman berita dan Pages.

Pada masa yang sama, Facebook juga dikatakan mungkin membayar beberapa penerbit untuk penerbitan di Facebook, selain memfokuskan kepada perkongsian kandungan berkualiti melalui laman sosial berkenaan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai perubahan ini pada laman Facebook dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN