Always-Connected PC atau PC sentiasa berhubung adalah projek Microsoft dan Qualcomm untuk memperkenalkan semula Windows RT yang gagal pada suatu masa dahulu. Melalui program ini, Windows 10 akan dipasang pada peranti yang dijana dengan cip pemprosessan berasasakan ARM seperti Snapdragon 850.
That's something… quite the opposite of ":(".
Touch should be pretty easy here since it's a Synaptics controller. pic.twitter.com/BzfZer1rW1
— nta~ (@ntauthority) March 30, 2019
Walau bagaimanapun, pembangunan projek ini dilihat sepi dan tiada kemaskini terkini. Terkini, seorang pembangun dari Netherlands telah berjaya boot Windows 10 ARM pada OnePlus 6T. Sayang sekali, apa yang terpapar hanyalah Blue Screen Of The Dead (BSOD) dan satu tetingkap commsnd prompt. Tidak pasti jika Windows 10 ini dapat dijalankan dengan baik.
Introducing the new OnePlus 6T :( Edition 🙁 pic.twitter.com/1iY7JYtD5m
— nta~ (@ntauthority) March 29, 2019
Sebelum ini, pembangun yang bernama Bas Timmer atau dikenali sebagai NTAuthority turut bereksperimen dengan Windows 10 ARM pada Google Pixel 3 XL. Ia memaparkan logo boot-up Windows dengan jayanya, tetapi kemudian turut memperlihatkan skrin biru. Agak menarik untuk lihat ada pembangun di luar sana berminat dengan Windows 10 untuk dijalankan pada telefon pintar.
I bet you've never seen this before. Well, probably have. It's Windows. On a Pixel 3 XL. Because why not? Everything runs Windows nowadays. pic.twitter.com/PSpRm7STrJ
— nta~ (@ntauthority) March 9, 2019
Adakah kelak dengan rangkaian 5G yang semakin maju, projek PC sentiasa berhubung ini akan diteruskan? dan adakah kita akan lihat Windows 10 ARM sebagai pengganti kepada Windows 10 Mobile?