Google Store Tidak Lagi Menjual Pixel 2 XL Dan Pixel 2

Google Store Tidak Lagi Menjual Pixel 2 XL Dan Pixel 2

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Telefon Pixel akan memasuki generasi ke empat tahun ini tetapi masih beluam ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, anda bole membeli peranti Android asli terus dari kedai atas talian Google Store. Tetapi sejak semalam, Pixel 2 XL dan Pixel 2 tidak lagi ditawarkan menerusi saluran jualan rasmi Google ini.

Ini mungkin petanda terawal peranti Pixel 3A bakal dilancarkan kelak. Peranti ini adalah Pixel 3 dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia telahpun beberapa kali tertiris tetapi Google masih belum bersedia melancarkannya. Kepada mereka yang masih ingin memiliki Pixel 2 XL dan Pixel 2, ia kini hanya ditawarkan menerusi saluran lain selagi stok masih ada.


TIPS & ULASAN