Cari @ Amanz

Pengguna Gmail Kini Boleh Menjadualkan Penghantaran Dan Mencadangkan Subjek Emel

Link Copied!

Menghantar emel ialah sebahagian daripada tugas seorang penulis di Amanz. Ratusan emel diterima perlu dibalas dengan pantas. Tetapi kadang kala anda mahu hanya menghantar emel pada waktu tertentu sahaja atas tujuan peribadi. Bagi pengguna Gmail, Google memperkenalkan fungsi menjadualkan penghantaran emel hari ini. Fungsi ini disokong pada versi web dan juga aplikasi.

Selepas emel ditulis, pengguna hanya perlu mengakses pilihan Schedule Send. Empat pilihan masa penghantaran akan diberikan termasuk satu yang dipilih sendiri oleh pengguna. Selain fungsi ini, Gmail turut akan menyarankan tajuk untuk emel secara automatik berdasarkan kandungan yang telah ditulis. Ini adalah kesinambungan kepada fungsi Smart Compose yang diperkenalkan hanya beberapa bulan yang lalu pada aplikasi. Akhir sekali Smart Compose kini menyokong bahasa Sepanyol, Itali, Perancis da Partugis pada kesemua peranti Android. Kesemua fungsi baharu ini diperkenalkan sempena ulang tahun ke lima belas Gmail yang jatuh pada 1 April semalam.


Komen ()