DevHub Malaysia (dulunya dikenali dengan nama Startup Developer Malaysia) hari ini telah mengumumkan mereka bakal mengadakan acara memfokuskan pembangun mereka yang seterusnya pada 20 April 2019 ini.
Untuk edisi kali ini, ia akan memfokuskan kepada arena teknologi kewangan, dan diadakan di Bank Negara Malaysia. Melalui acara kali ini, ia akan memperlihatkan sejumlah pembangun berkongsi mengenai perkembangan arena teknologi kewangan, dan bagaimana boleh melakukan integrasi dan sebagainya pada pembangunan masing-masing.
Bagi anda yang berminat dalam arena pembangunan, boleh mendaftarkan diri di laman rasmi DevHub Malaysia.
Layari :DevHub Malaysia