Huawei Malaysia Menawarkan Jaminan Selama 18 Bulan Untuk Siri Huawei P30

Huawei Malaysia Menawarkan Jaminan Selama 18 Bulan Untuk Siri Huawei P30

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Huawei Malaysia hari ini bakal melancarkan Huawei P30 secara rasminya untuk pasaran tempatan. Harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi lebih awal daripadanya, Huawei kini mengatakan Huawei P30 dan Huawei P30 Pro akan ditawarkan dengan jaminan selama 18 bulan.

Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 6 bulan berbanding kebiasaannya yang hanya terhad kepada 12 bulan.

Untuk mendapatkan jaminan tambahan 6 bulan ini, pengguna perlu mengaktifkannya melalui aplikasi Huawei HiCare pada peranti mereka sebelum 5 Mei 2019 ini.


TIPS & ULASAN