Huawei MateBook 13 Berharga Bermula RM3999 Di Malaysia

Huawei MateBook 13 Berharga Bermula RM3999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa peranti baru, termasuk salah satunya adalah komputer riba terbaru mereka iaitu Huawei MateBook 13.

Komputer riba ini hadir dengan rekaan nipis dan premium, menggunakan skrin sentuh 13-inci dengan penawaran resolusi mencapai 2K. Ia turut hadir dengan sokongan audio Dolby Atmos, dan Huawei turut memfokuskan kepada penawaran sokongan Huawei Share 3.0.

Di Malaysia, dua variasi pilihan disediakan untuk Huawei MateBook 13 ini. Versi Intel Core i5, 8GB RAM dan 256GB storan, selain dilengkapi kad grafik NVIDIA MX150 ditawarkan pada harga RM3999.


Satu lagi versi yang hadir adalah menggunakan Intel Core i7, 8GB RAM, dan 512GB storan, selain sokongan kad grafik NVIDIA MX150 pada harga RM4399.

Huawei MateBook 13

Komputer riba ini akan ditawarkan bermula 6 April 2019 di Malaysia. Bagi anda yang membuat pra-tempahan bermula hari ini ke 6 April kelak turut akan menerima beberapa hadiah percuma seperti Huawei Bag Pack, Huawei Bluetooth Mouse, dan juga Microsoft Office 365 untuk setahun.


TIPS & ULASAN