HMD Global hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru, iaitu Nokia X71. Telefon pintar ini diperkenalkan di Taiwan sahaja buat masa ini, dan ia hadir dengan beberapa ciri-ciri yang menjadi fokus ramai pengeluar pada tahun ini.
Nokia X71 hadir dengan skrin 6.39-inci HD+ menggunakan rekaan skrin berlubang, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3500mAh, selain masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm.
Nokia X71 turut menyertakan tri-kamera belakang yang menggunakan gabungan sensor utama 48-megapixel, sensor rakaman sudut-lebar 8-megapixel, dan sensor 5-megapixel sensor depth. Nokia X71 turut menggunakan label Zeiss pada kamera belakangnya.
Untuk tujuan sekuriti, Nokia X71 turut menyertakan sensor pengimbas cap jari dibahagian belakang. Melengkapkannya juga adalah sistem operasi Android Pie dengan antaramuka asas Android.
Buat masa ini, ia hanya terhad di Taiwan sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga 11,900 Taiwan Dollar, iaitu sekitar RM1575. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.