Carian
Klien Emel Popular, Spark Kini Hadir Ke Android
April 2, 2019 Aman

Spark Mail merupakan salah satu klien emel yang popular di platform iPhone, iPad dan juga Mac. Hari ini, pembangunnya turut membawa berita gembira kepada para pengguna Android, dimana mereka telah pun melancarkan klien emel mereka untuk Android secara rasminya.

Spark Android

Aplikasi emel Spark ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri pintar, termasuk hanya memaparkan notifikasi yang penting dan tidak begitu menganggu pengguna dengan notifikasi emel yang tidak begitu menarik. Selain daripada itu, ia juga mengasingkan sejumlah emel kurang penting seperti newsletter dan sebagainya supaya Inbox anda lebih terurus.

Selain daripada itu, ia juga menyertakan menjadualkan penghantaran emel, kebolehan untuk menetapkan peringatan dan sebagainya. Menjadi salah satu kelebihan Spark juga adalah ciri kolaborasi yang memudahkan anda berkongsi sesuatu emel dengan rakan sekerja lain dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba klien Spark ini hari ini. Ia juga turut hadir dengan kebolehan pembelian dalam-aplikasi untuk mengaktifkan beberapa ciri-ciri tambahan padanya.

Komen