Cari @ Amanz

Huawei Y7 Pro (2019) Hadir Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM649

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu mereka untuk 2019 dibawah siri-P, iaitu Huawei P30 dan Huawei P30 Pro. Menariknya, bersama-sama dengannya, Huawei Malaysia turut melancarkan salah satu telefon berspesifikasi pertengahan mereka, Huawei Y7 Pro (2019).

Huawei Y7 Pro 2019

Huawei Y7 Pro (2019) hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil bersaiz 6.26-inci yang menawarkan resolusi paparan 1520×720 pixel. Dijana cip Snapdragon 450, ia turut menyertakan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Huawei turut melengkapkan telefon pintar ini dengan sokongan bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar Huawei Y7 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 16-megapixel. Telefon pintar ini hadir dengan perisian Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0.

Huawei Y7 Pro 2019

Bagi anda yang berminat mendapatkan telefon pintar ini, ia boleh dipra-tempah pada harga RM649 di laman rasmi Huawei Malaysia hari ini.


Komen ()