Cari @ Amanz

Kingston Memperkenalkan Kad MikroSD Dengan Perlindungan Tahan Lasak

Link Copied!

Kad mikroSD pada saat ini bukan sahaja digunakan pada telefon pintar sahaja, malah turut digunakan pada kamera keselematan. Perkakasan seperti ini memerlukan penulisan data yang intensif, sekaligus mengurangkan hayat sesebuah kad memori. Untuk itu, Kingston telah hadir dengan sebuah siri kad memori mikroSD – menerusi Kingston “High Endurance”.

Kad ini menawarkan pembacaan data yang sedikit perlahan berbanding kad mikroSD biasa dalam memberi perlindungan ketika penulisan data. Bagi variasi 32GB dan 64GB, kad ini menawarkan bacaan data sehingga 95MB/saat dan penulisan data sehingga 30MB/saat. Untuk variasi 128GB, ia menawarkan penulisan data yang lebih pantas iaitu sehingga 45MB/saat.

Kad ini hadir dengan piawaian UHS-1 atau dikenali sebagai UHS Speed Class 1. Piawaian ini membolehkan kad mikroSD ini mencapai kelajuan minimum sekurang-kurangnya 10MB/saat. Ia juga membawa pengesahan “A1”, dengan membenarkan kad ini mencapai kelajuan yang optimum ketika menjalankan aplikasi Android.

Selain daripada perlindungan pembacaan data, kad ini juga turut hadir dengan perlindungan dari segi fizikal. Ia membawakan perlindungan IEC/EN 60529 IPX7, dengan membolehkannya dilindungi daripada rendaman air selama 30 minit pada kedalaman air sehingga 1 meter. Ia juga dapat bertahan daripada suhu yang ekstrem, iaitu daripada -25°C hingga 85°C.

Kad mikroSD ini bakal ditawarkan di pasaran dalam tiga pilihan variasi iaitu 32GB, 64GB, dan 128GB. Pihak Kingston turut menawarkannya dengan 2 tahun waranti sekiranya ia terdapat isu kerosakan dari segi pembacaan atau penulisan data.


Komen ()