Cari @ Amanz

iPad Mini (2019) Disahkan Hadir Dengan 3GB RAM & Bateri 5124 mAh

Link Copied!

Apple pada baru-baru ini telah mengemaskini iPad mini, dengan perkenalan iPad mini 5 atau iPad mini 2019. Ia diperkenalkan bersama-sama dengan iPad Air generasi baru dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 10.5-inci. Namun beberapa info seperti jumlah RAM dan kapasiti bateri yang hadir tidak diberi tahu oleh pihak Apple secara rasmi.

Seperti sudah menjadi tradisi, Apple jarang memberitahu jumlah RAM dan kapasiti bateri ini dalam bahan pemasaran produk berasaskan iOS. Ia hanya diketahui apabila mengguna melihat infonya melalui perisian atau mengakses bahagian dalaman peranti. Pada hari ini, iFixit telah mengesahkan memorinya dengan 3GB RAM dan kapasiti bateri 5124 mAh melalui proses pembukaan peranti ini.

Saiz memori ini telah menerima peningkatkan berbanding iPad mini 4 sebelum ini yang hanya menawarkan memori 2GB RAM. Pada iPad mini 5, memori ini telah ditambahbaik dengan 3GB RAM, sekaligus menyerupai jumlah RAM yang terdapat pada iPhone XR. Dengan RAM yang lebih besar, pengguna dapat menikmati aplikasi dengan lebih lancar, selain membolehkannya menjalankan sejumlah perkara yang lebih intensif.

Kapasiti bateri yang disahkan pula sebenarnya tidak membawa sebarang perubahan berbanding model sebelum ini. iPad mini 4 sebelum ini juga hadir dengan kapasiti 5124 mAh, cuma model dan penyambungannya sahaja mengalami sedikit perubahan. Walaupun hadir dengan saiz yang sama, Apple masih menjanjikan iPad mini ini dengan ketahanan bateri sehingga 10 jam penggunaan.

iPad mini baru ini telah dikemaskini dengan sejumlah perkara baru, seperti penyertaan cip Apple A12 Bionic, sokongan Apple Pencil, dan menyokong paparan True Tone. Ia juga mengekalkan beberapa perkara seperti sokongan Touch ID dan bicu audio, yang mana kedua-dua fungsi ini telah digantikan dengan Face ID dan USB-C pada iPad Pro generasi terkini.

iPad Mini baru ini telah disenaraikan pada harga bermula RM1699 untuk model WiFi, dan model selular pula ditawarkan pada harga bermula RM2249. Peranti ini masih belum boleh dibeli melalui Apple Store Malaysia, namun dijangka akan mula dijual pada bulan ini.


Komen ()