Cari @ Amanz

Minggu Sains Negara 2019 Dilancarkan – Bertemakan “Sains Untuk Kesejahteraan”

Oleh Aman

Link Copied!

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim hari ini telah pun melancarkan secara rasminya Minggu Sains Negara 2019. Pada tahun ini, ia membawakan tema “Sains untuk Kesejahteraan“, selari dengan masa kini dimana kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan arena sains dan teknologi, selain pada masa yang sama memberikan kesan besar terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat.

Minggu Sains Negara ini diadakan dalam usaha menyemarakkan dan membudayakan arena sains, teknologi dan inovasi, selain pada masa yang sama memupuk kesedaran mengenal pelbagai perkara disekitar kita. Apatah lagi pada masa kini, dimana pelbagai industri digalakkan menggunakan teknologi rendah karbon dan mesra alam bagi mengurangkan sumber alam dan juga bencana alam.

Minggu Sains Negara 2019

Selari dengan Minggu Sains Negara ini juga, pelbagai aktiviti menarik telah pun dijadualkan di Pusat Sains Negara dan juga Planetarium Negara.

Selain di Wilayah Persekutuan, Minggu Sains Negara yang berlangsung dari 1 sehingga 7 April ini juga turut berlangsung di Terengganu, Sabah dan juga Sarawak. Kerajaan turut menyasarkan penganjuran Minggu Sains Negara fasa kedua untuk 2019 pada bulan Ogos kelak di negeri-negeri yang lain.


Komen ()